Header Ads

Bekalan Ganja Di Kanada Terputus Selepas Dua Hari Dibenarkan


Selepas kerajaan Kanada mengumumkan untuk menghalalkan penggunaan ganja, terkini dimaklumkan kedai menjual ganja di sebahagian kawasan di Kanada menghadapi kekurangan bekalan akibat diserbu ramai pembeli.

Harga yang agak tinggi dari $5.95 dolar Kanada (RM18.94) di Quebec hingga $18.99 (RM60.44) satu gram di Saskatchewan berbanding pasaran gelap yang menyaksikan harga purata tahun lalu turun kepada $6.79 (RM21.60) turut menjadi isu hangat.


“Cuaca amat sejuk, memang teruk. Tapi kami seronok bersembang dengan orang ramai dan turut berkongsi ganja.” - kata salah seorang pembeli.

Di Ontario, wilayah paling padat penduduk, 38,000 pesanan ganja bernilai kira-kira $750,000 (RM2.4 juta) diproses dalam masa beberapa jam Rabu lalu manakala di Quebec 42,000 pesanan diproses di kedai dan dalam talian.



Powered by Blogger.