Header Ads

Amalan Memuja Laut Masih Dilakukan Selepas Tsunami


Nampak amalan pemujaan pantai di Palu masih dilakukan segelintir masyarakat walaupun sudah ditegur dan dilecam oleh ramai ilmuan agama dan masyarakat.

Amalan yang disifatkan syirik dan berbentuk pemujaan terhadap `penjaga laut’ itu didapati masih berlaku walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda kota itu pada 28 September lalu.

Upacara dilakukan pada Festival Palu Nomini sejak tiga tahun lalu itu diketuai dukun lama yang melakukan jampi serapah selain acara tarian beramai-ramai.

Dikatakan, dalam upacara itu, haiwan ternakan seperti kambing akan dibunuh dengan kejam dan ditombak hingga mati. Kemudian bangkainya akan dibuang ke laut sebagai sajian pemujaan.

Salah seorang penduduk, Ustaz Ehsan Norrahim, 34, berkata, istiadat bercanggah dengan hukum Islam itu masih diteruskan masyarakat susulan penemuan bangkai ratusan ekor ayam sepanjang pantai Talise di sini, tiga hari selepas tsunami berlaku.

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam itu sejak awal minggu lalu. Banyak bangkai ayam ditemui disusun di tepi pantai bermula dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman, Kampung Lele di sini.

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda,” katanya.

“Bagaimanapun ketika penganjurannya pada tahun pertama 2016 dan 2017, Tuhan datangkan hujan lebat dan angin kencang kepada penduduk kota Palu.

“Malangnya amaran itu tidak diendahkan dan mereka masih meneruskan amalan itu dalam bentuk pesta besar-besaran membabitkan ribuan pengunjung. Acara diadakan pada petang sebelum gempa bumi berlaku.

“Ramai pengunjung pesta itu turut dihanyutkan ombak tsunami yang turut memusnahkan khemah serta tapak upacara berkenaan,” katanya lagi.

Powered by Blogger.