Header Ads

7 Kelebihan Aisyah Ummul Mukminin


Aisyah radhiallahu anha berkata: “Ada tujuh kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti Imran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yang lain).”

Abdullah bin Shafwan bertanya: “Apa tujuh kelebihan itu wahai Ummul Mukminin?”

Aisyah menjawab:
1) Malaikat (Jibril) membawa imejku kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (dalam mimpi).
2) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menikahiku saat diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan baginda saat berusia 9 tahun. Baginda menikahiku saat aku perawan.
3) Baginda menerima wahyu ketika sedang berada dalam satu selimut denganku.
4) Aku adalah orang yang paling dicintai oleh baginda dan puteri dari orang yang paling baginda sayangi (Abu Bakr).
5) Allah menurunkan beberapa ayat-ayat Al-Quran kerana aku di saat umat hampir celaka kerananya.
6) Aku pernah melihat Jibril dan tidak ada seorang pun di antara isteri-isteri Rasulullah lainnya yang pernah melihatnya.
7) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggal di rumahku pada saat tidak ada orang yang menguruskannya, selain diriku dan malaikat.

(Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no. 15308, “Riwayat ini tercantum dalam kitab Ash-Shahih dengan ringkas sementara riwayat di atas dari Thabrani. Para perawi dalam salah satu sanad riwayat Thabrani adalah perawi-perawi kitab al-Shahih. Rujuk juga riwayat Hakim, vol.4, hlm. 10. Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya)
Powered by Blogger.