Header Ads

Sony & Microsoft Akan Menggunakan Teknologi AMD Dalam Membangun PS5


Nampaknya konsol generasi akan datang terus menggunakan teknologi dari AMD.

Perkara ini telah disampaikan oleh Lisa Su, CEO bagi AMD dalam sebuah temuramah bersama Jim Cramer dari CNBC. Menurut beliau, kedua-dua syarikat gergasi itu sedang bekerjasama dengan AMD dalam membangunkan konsol masing-masing dengan kelebihan yang tersendiri.

Lisa Su telah menyatakan bahawa industri gaming akan terus berkembang dan AMD akan terus menyediakan teknologi terkini dalam pembangunan konsol generasi seterusnya.

Sumber: CNBC
Powered by Blogger.