Header Ads

Sebanyak 946 Majikan Ditangkap Kerana Melindungi PATI


Jabatan Imigresen menangkap 946 majikan degil yang didapati melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), antara 1 Januari lalu hingga semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata ia sebahagian usaha berterusan jabatan itu untuk 'memerdekakan' negara daripada pendatang asing haram serta memburu majikan yang masih berdegil melindungi warga asing berkenaan.

Katanya, tangkapan itu adalah hasil daripada 10,014 operasi dijalankan di seluruh negara dalam tempoh sama, dengan 126,445 warga asing diperiksa dan 31,146 PATI ditahan.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, 317 majikan dan 10,495 PATI yang ditangkap adalah hasil daripada Ops Mega 3.0 yang dilaksanakan Jabatan Imigresen sejak 1 Julai lalu.
Powered by Blogger.