Header Ads

Pulau Maldives Akan Tenggelam


Negara kepulauan seperti Fiji dan Maldives hampir berada pada ‘titik tidak kembali’ kerana peningkatan paras air laut, seorang perunding iklim terkemuka memberi amaran hari ini.

Ketua Perunding Gabungan Negara Kepulauan Kecil (AOSIS) Amjad Abdulla berkata, selain kehilangan daratan dan infrastruktur akibat peningkatan paras air laut ketika suhu panas meningkat, banyak kepulauan berdepan banjir ekstrem dan kerosakan akibat ribut tropika.

Pakar dari seluruh dunia berkampung di ibu kota ini menyasar menghidupkan Perjanjian Paris terhadap perubahan iklim dan kata Abdulla, masa ‘semakin suntuk’ untuk sesetengah negara.

“Apa yang kami katakan kepada masyarakat antarabangsa ialah kami tidak memiliki kewangan mencukupi, teknologi atau kapasiti kemanusiaan bagi mengurangkan isu perubahan iklim dan kami memerlukan kerjasama antarabangsa supaya boleh mempertahankan pulau kami,” katanya kepada AFP di luar persidangan enam hari itu.

Perjanjian Paris menjanjikan AS$100 bilion (RM415.08 bilion) setahun bermula 2020 kepada negara miskin yang sudah berdepan kesan perubahan iklim.

Sumber: Berita Harian
Powered by Blogger.