Header Ads

Patrick Stewart Akan Kembali Membintangi Siri Terbaru Star Trek


Aktor Patrick Stewart akan kembali membintangi siri baharu Star Trek dengan memegang watak Jean-Luc Picard sekali lagi.

Pelakon Britain berusia 78 tahun itu membuat pengumuman akan kembali memegang watak ikonik itu ketika membuat kemunculan mengejut di konvensyen tahunan Star Trek di Las Vegas.

"Perkara itu agak tidak dijangka tetapi saya gembira dan rasa teruja serta memberi semangat baharu untuk kembali memegang watak Jean-Luc Picard dan kembali meneroka dimensi baharu."

Siri baharu itu akan disiarkan oleh CBS All Access dan akan menumpukan kepada kehidupan Picard selepas era 'Star Trek: Next Generation.'

Siri berkenaan disiarkan mulai 1987 hingga 1994 membabitkan 178 episod dan beberapa filem, yang terakhir pada 2002.

Star Trek berusia 50 tahun pada 2016. Ia disifatkan sebagai satu fenomena budaya menghasilkan keuntungan berbilion dolar di seluruh dunia.
Powered by Blogger.