Header Ads

Lidah Terpaksa Dipotong Akibat Merokok


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faid mula melibatkan diri dalam dunia rokok ini pada usianya menginjak 17 tahun dan dia juga menyatakan dalam sehari dia akan menghabiskan sebanyak 5 batang rokok bersama-sama rakan sebayanya.

Setelah usianya mencecah 24 tahun, dia telah menerima satu berita buruk dan serta merta telah membuatkan duanianya terus gelap apabila dia didapati tergolong dalam salah seorang pesakit yang menghidap kanser mulut dan terpaksa mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Punca penyakit itu juga pada mulanya tidak diketahui, malah doktor juga menerangkan simptom-simptom ini terjadi kepada seorang perokok. Muhammad Faid juga seorang berkelulusan Pendidikan di sebuah universiti berkata tanda-tanda awal penyakit ini dari masalah ulser di bahagian lidah kirinya.

Sudah banyak kali dia dinasihatkan supaya berhenti dari tabiat buruknya itu, tetapi dia langsung tidak mengendahkannya kerana menganggap itu tidak menyakitkan. Anita 52, merupakan seorang ibu kepada Muhammad Faid berkata, luka-luka yang muncul pada awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

Pada bulan November, setelah mendapat hasil ujian biopsi dan ia telah disahkan penyakit kanser. Anita berkata, di antara bulan mei dan november lalu, Muhammad Faid telah mengalami pendarahan yang teruk sebanyak empat kali yang berpunca dari bahagian rongga lidahnya. Pada ketika itu, kansernya masih berada di tahap 1 dan 2 pada bulan Febuari, apabila masuk bulan Mei ia sudah masuk pada tahap ke 3.

Oleh disebabkan itu, doktor terpaksa membuat keputusan untuk memotong bahagian lidah Muhammad Faid pada Mei lalu. Doktor juga menghasilkan semula lidahnya dengan mengunakan sedikit kulit dari pahanya dan kini dia boleh bercakap walaupun tidak selancar seperti dahulu.

Sungguhpun Muhammad Faid sudah boleh bertutur tetapi diamasih tidak boleh makan seperti biasa. Kini dia terpaksa bergantung dengan makan menerusi tiub dan bahagianlehernya terpaksa ditebuk untuk membantunya mudah untuk bernafas. Amat menyedihkan jika dikenang.

Sumber: Sinar FM
Powered by Blogger.