Header Ads

Jamal Akan Berkempen Dan Sokong Anwar Bertanding Di Port Dickson


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersedia 'menawarkan diri' berkempen bagi pihak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi Parlimen Port Dickson.

Jamal berkata, beliau sendiri akan memberikan sokongan terhadap Anwar dalam usaha mengangkat bekas timbalan perdana menteri itu sebagai perdana menteri kelapan.

Menurutnya, beliau menyokong Anwar menjadi perdana menteri adalah disebabkan kerana tidak yakin dengan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Jamal memberitahu, PRK sepatutnya diadakan lebih awal sejurus Anwar dibebaskan agar pemimpin itu diangkat lebih cepat menjadi perdana menteri.

Katanya, beliau mengalu-alukan kekosongan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK.
Powered by Blogger.