Header Ads

Gambar Durian Di Artikel Diturunkan Setelah Menerima Kecaman Hebat


Chef terkenal dunia yang berasal dari US, Martha Stewart telah mengundang kontroversi apabila beliau tersilap memuat naik buah durian yang disangkanya sebagai buah nangka di laman blog beliau.



Artikel berkenaan telah mendapat kecaman hebat pengguna di laman Twitter dan turut memerli chef terkenal ini. Akibat dihujani kecaman yang banyak, gambar berkenaan telah diturunkan dan artikel itu dibiarkan kosong tanpa sebarang gambar utama.


Kesilapan berkenaan mungkin berpunca daripada penulis blog Martha yang terkeliru bagaimana rupa buah nangka dan durian. Sepatutnya penulis Martha perlu membuat lebih kajian tentang buah berkenaan sekiranya beliau tidak begitu pasti tentang buah berkenaan.
Powered by Blogger.