Header Ads

Amiril Md Banin Atau Imam Muda Miril Telah Meninggal Dunia


Peserta program Imam Muda (musim Pertama), Amiril Md Banin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Miril, 33, dilaporkan meninggal dunia.

Arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun ini mengalami pendarahan otak dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) pada 6.45 petang Rabu.


Menurut perkongsian sahabat baiknya, Imam Muda Asyraf di laman Instagram, jenazah Allahyarham dibawa pulang dari HTAA ke rumah keluarganya di Ampang Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permai.



Pemergianmu satu penyaksian. Membahagiakan orang lain mendatangkan kerinduan. Senyum tawamu mengimbau kenangan. Selama 3 bulan kita makan minum tidur bersama. Kenangan dikuarantin ketika tiada handphone, tiada internet. Hanya kita 10 orang bergurau senda. Dalam program Imam Muda Musim Pertama. . . Kematian yang baik. Kau akhiri hidupmu dengan puasa di Bulan Haram. Setelah zikir dan ceramahmu pada malam terakhir hayatmu begitu suram. Jemaah sudah mengetahui bahawa kau sedang bertarung kesakitan. Kerut di dahi. Membuktikan kau memaksa diri hadir memenuhi hajat jemputan. . . Imam Muda Miril. Menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 6.45 petang tadi di Hospital Kuantan. Jenazah Almarhum Imam Muda Amiril sudah dibawa pulang dari Hospital Kuantan jam 9 malam tadi menuju ke Ampang Selangor. Alamat rumah keluarga almarhum: ⤵️ No. 25 jln 5 /3 Taman Sri Raya Ampang Tasek Ampang Jenazah akan dimandikan jam 10pg Esok dan Kemudian akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permai insya Allah. . . Didoakan semoga Arwah bersama para solihin. Balu Isteri dan 2 orang anaknya yang masih kecil diberikan kekuatan. Kami bersaksi Ya Allah arwah insan yang baik.
A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
Powered by Blogger.