Header Ads

Port Dating Yang Sekali Pergi, Mesti Nak Lagi

Hi korang, hujung minggu ni dah ada idea ke belum tu kat mana nak bawa yang tersayang jalan-jalan? Kalau dah tak tahu nak pergi mana cuba tengok list ni untuk inspirasi… tried, tested dan memang best!

1. The Secret Garden at 1 Utama

Sumber gambar: Facebook 1 Utama

Haa mesti ramai tak tahu pasal kewujudan taman rahsia kat 1 Utama ni kan? Dengar cerita ni rooftop garden yang terbesar kat Asia Tenggara, dan ada lebih 500 jenis bunga eksotik kat sini, so memang seronok nak bergambar untuk kenangan korang. Kalau nak belajar dengan lebih lanjut tentang flora eksotik, boleh datang pada minggu pertama dalam setiap bulan untuk “free guided tours”. Masuk hari lain pun percuma, tinggal bayar parking sahaja.

2. Damansara Performing Arts Centre (DPAC)

Sumber gambar: Laman Web DPAC
Kalau korang dah bosan asyik dating dekat panggung wayang, apa kata support kita punya local theatre scene dekat DPAC ni. Kebanyakan show dekat sini bertemakan masyarakat dan penuh dengan nilai murni. Range harga tiket kat sini dari RM 45 ke RM 70, sangat berpatutan dan feel pun lagi “real” dari wayang sebab tengok depan mata. Best! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh check out Laman Web DPAC atau Facebook DPAC @thedpac.

3. KLIA dan KLIA2

Sumber gambar: Twitter @Qayzr, Instagram @malaysiaairports, Instagram @zacharyvoo
Haa ni memang favourite! Untuk yang berjiwa spontan dan nak buat benda out of the box, boleh try dating dekat airport. Tak akan ada orang nak kecam kalau korang date pukul 3 pagi sebab airport sentiasa ada orang dan beroperasi 24 jam. Memang rasa macam pelancong kat negara sendiri! Bas pun ada kalau korang nak bergerak dari KLIA ke klia2. Pemandangan memang terbaik sangat! Tak percaya? Baca tweet dari saudara QJ. Bagi yang suka bergambar, boleh pergi ke anjung tinjau, KLIA Jungle Boardwalk atau area International Departure Hall di klia2. Kalau dah penat posing tu, jom makan di restoran Bumbu Desa di klia2 atau jika korang ada di KLIA, cuba lah Penang Prawn Mee dekat Nööödles. Untuk yang memang nak fly, ada banyak fasiliti yang korang boleh cuba kat airport tu contohnya Sports Lounge dan Movie Lounge. Datang airport awal dan cuba pergi…sumpah berbaloi. Memang banyak tempat yang boleh kita terokai!

4. Desa Park City

Sumber gambar: Laman Web Desa ParkCity
Kalau yang rasa macam nak berpicnic, boleh bawak tikar dan singgah kat Desa Park City ni. Kat sini ada dua taman, The Central Park dan The West Park. Seronok kot dating sambil beriadah, macam orang kata “couples that stays fit together, stay together”. Ye ke? Boleh cuba. Selepas dah beriadah boleh jenguk Plaza Arkadia dan The Waterfront untuk aktiviti membeli belah pula.

5. Golek-Golek Suasana Kampung - Gombak

Sumber Gambar: Facebook Golek Golek Suasana Kampung
Tak sah kalau orang Malaysia kalau pergi dating tak makan, so dah penat dating tu isi perut pulak. Nak makan on a budget tapi masih nak suasana romantic? Kat sini best sangat, rugi kalau tak cuba. Sambil makan sambil menikmati keindahan alam. Wajib try signature dish diorang: Ikan bakar sambal petai…padu! Jika ada yang nak raikan majlis atau nak set up ala ala romantic candle light dinner pun mereka boleh sediakan deco untuk korang.
Powered by Blogger.