Header Ads

Mia Sara Ditahan Di Hospital


Pelakon cilik Mia Sara, 12, kini masih lagi ditahan di hospital setelah mengalami jangkitan kuman pada air kencing sehingga membuatkan buah pinggangnya membengkak.

Menurut ayahnya, Muhammad Ridhuan, Mia pada mulanya mengadu sakit ketika hendak membuang air kecil. Setelah dirujuk pada doktor, terdapat jangkitan kuman pada air kencingnya.

“Bila 24 jam tak kencing menyebabkan buah pinggangnya membengkak. Jadi terus Mia dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Setakat ini Mia sudah tiga hari di hospital. Rawatan yang diberikan ketika ini, drip air dan antibiotik. Alhamdulilah dah boleh buang air kecil namun masih sakit.

“Alhamdulillah keadaanya beransur pulih. Terima kasih kepada doktor, jururawat, dan semua yang datang melawat dan peminat yang mendoakan,” kata ayah Mia.

Sumber: Sinar Harian
Powered by Blogger.