Header Ads

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo Beri Amaran Kepada Semua Syarikat Telco


Penyedia perkhidmatan internet atau telco di negara ini diingatkan supaya menurunkan harga langganan bagi perkhidmatan mereka sebelum 31 Ogos ini. Peringatan itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dalam kenyataan akhbar.

Kementerian beliau sebelum ini telah menetapkan 31 Julai sebagai tarikh akhir untuk semakan semula harga pakej jalur lebar bagi penyedia perkhidmatan di negara ini. Namun, mengambil kira beberapa permohonan bagi lanjutan tempoh yang diterima, kementerian tersebut telah memberi tempoh tambahan selama satu bulan sehingga hujung bulan ini.


Bagaimanapun, sehingga kini hanya dua syarikat sahaja yang telah menurunkan harga atau mengemaskini pakej internet mereka iaitu Telekom Malaysia(TM) Bhd dan Maxis Bhd. Semua telco lain diingatkan agar melaksanakan arahan ini bagi mematuhi Mandatory Standard on Access Pricing(MSAP) yang telah ditetapkan.

Sekiranya gagal, penyedia perkhidmatan akan dikenakan tindakan keras daripada pihak kementerian. Gobind turut menegaskan bahawa pihaknya akan membantu syarikat telco dalam menyediakan perkhidmatan lebih baik, lebih pantas dan lebih murah sebelum berakhirnya tahun hadapan.

Powered by Blogger.