Header Ads

Rupanya Inilah Penjelasan Ellie Suriaty Menyokong Bekas Perdana Menteri


Lantang bersuara di Mahkamah semasa bertindak menyokong bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyebabkan dia dikritik.

Kesan dari itu, Ellie Suriaty tampil menjelaskan isu berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya. Ellie menyifatkan Najib Razak tidak wajar dilayan sebegitu.

“Saya marah dan katakan ‘Bebas Najib’ sebab saya tak bersetuju dengan cara beliau dilayani.

“Dia adalah PM ke-6, oleh itu, adakah wajar akaun beliau dibekukan termasuk akaun anak-anak dan cucunya.

“Saya tidak marah jika keadilan hendak dijalankan kerana kita ada undang-undang, tetapi haruslah dipastikan undang-undang itu dilaksanakan dengan bermaruah.

“Pada hari itu juga, ramai penyokong yang hadir di sana dan melaungkan ‘Hidup Melayu’ kerana Melayu semakin ditindas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie Suriaty Omar atau lebih popular sebagai Ellie Suriaty, 48, turut berkata dia tidak dibayar oleh mana-mana pihak berhubung tindakannya menyokong Najib.

“Saya ada hak dan pilihan nak menyokong parti mana pun, begitu juga anda. Hari ini sudah berkerajaan baharu, menang dan saya terima dengan terbuka.

“Saya tidak dibayar untuk berada di sana. Jangan siapa pun tuduh saya makan dedak dan diberi duit, saya tak boleh dibeli dan bukan orang macam itu. Jangan biadap.

“Perjuangan bukan macam itu, tak baik cakap macam itu, nanti awak kena cari saya minta maaf depan muka saya,” ujarnya lagi.
Powered by Blogger.