Header Ads

Mengapa Kami Syorkan Huawei NOVA 3E, OPPO F7 Dan VIVO V9 Untuk Telefon Pintar Bawah RM1,400?



Penghujung tahun lepas sehingga kini, macam-macam jenis smartphone dikeluarkan. Lepas satu, satu lagi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Daripada harga cekik darah sehinggalah ke harga mampu senyum. Pengeluar smartphone pun bijak. Selain mempromosikan model smartphone utama mereka, mereka turut memperkenalkan model smartphone yang berharga sederhana untuk menepati setiap citarasa dan ‘poket’ semua orang.

Kalau korang inginkan smartphone yang ada skrin takukan atau notch screen, kami syorkan Huawei Nova 3e yang berharga RM1,320 berbanding Oppo F7 dan Vivo V9 yang berharga  RM1,399. Oleh kerana harga yang tidak jauh berbeza, langkah membandingkan ketiga-tiga smartphone ini memang padanan yang tepat. Lepas ni mudahlah korang nak pilih yang mana satu menepati gaya hidup sendiri.

SISTEM PROSESOR YANG MENEPATI AKTIVITI HARIAN

Kesemua smartphone Huawei Nova 3e, Oppo F7 dan Vivo V9 ni memang sesuai untuk aktiviti korang seharian. Setakat mengambil gambar, menonton video online, melayar sosial media mahupun bermain game yang saiz sederhana memang tiada masalah pun.

Nova 3E mempunyai prosesor cip Kirin 659 (4 x 2.36 GHz dan 4 x 1.7 GHz ). Prosesor yang sama telah digunakan dalam Nova 2i di mana kesannya cukup baik. Vivo V9 menggunakan snapdragon 626 8-core 2.2 GHz. Oppo F7 pula menggunakan MediaTek MTK Helio P60 8-core 2.2 GHz. MediaTek ini masih baru dan agak ketinggalan untuk mengoptimumkan sistem operasi Android.

Huawei Nova 3e



Edisi terhad ‘Pink Gold’ telah tiba dengan kuantiti yang terhad. Dapatkan segera !

Vivo V9

Oppo F7


PAPARAN FULLVIEW, KETEBALAN DAN BERAT

Dulu hanya smartphone high-range sahaja mempunyai fungsi fullview screen atau paparan penuh ni. Kini, hanya dengan RM1,320 korang sudah mampu memilikinya smartphone yang mempunyai skrin yang hampir memenuhi ruang hadapan. Kesemuanya punya bezel kurang daripada 24%. Dari pandangan hadapan, hanya skrin je kelihatan. Fuh!






Secara jujurnya, kami lebih suka Huawei nova 3e. Sekilas pandang, seiras iPhone X. Dipasang dengan skrin Fullview 2.0 dengan resolusi HD penuh 1080 x 2280. Walaupun dari segi teknikalnya, tidak jauh berbeza dengan Oppo F7 beresolusi 6.23 inci HD 1080 x 2280 dan Viva V9 beresolusi 6.3 inci HD 1080 x 2280, tetapi Huawei nova 3e adalah yang paling nipis. Ketebalan Nova 3e hanya 7.4mm dengan berat 145g. Maknanya 10g lebih ringan daripada iPhone X (174g) !

Oppo F7 pula lebih tebal iaitu 7.8mm dengan berat 158g dan Vivo V9 7.9mm dengan berat 150g.



Lagipun, skrin notch atau takukan pada Huawei nova 3e membantu saiz skrin kelihatan lebih luas dan besar. Ditambah dengan badan aluminum dan reka bentuk kaca 2.5D menjadikan Huawei nova 3e ini sangat selesa dipegang.

KUALITI KAMERA SWAFOTO YANG UNGGUL

Dari segi kualiti imej pula, ketiga-tiga smartphone ini memang tidak akan mengecewakan. Walaupun berharga sederhana tetapi kualiti imejnya cukup jelas walaupun di persekitaran kurang cahaya.

Huawei nova 3e


Kamera memang salah satu keunggulan Huawei nova 3e. Mempunyai kamera hadapan beresolusi 24 megapixel, menjadikannya Huawei nova 3e kamera selfie terbaik untuk saat ini. Ia juga mempunyai kamera bersudut 78° yang lebih lebar dengan fungsi ‘Full Of View’ (FOV) membolehkan kita selfie nampak lebih menarik dan menangkap gambar wefie dengan kumpulan yang lebih ramai.





Huawei nova 3e juga dilengkapi dengan teknologi Light Fusion yang menyerap lebih cahaya menjadikan gambar yang kurang cahaya akan kelihatan lebih semulajadi dan cantik. Lagi unik ada LED flash yang secara automatik menukar cahaya menjadikan hasil tangkapan imej begitu jelas dan cantik.





Kamera belakangnya pula, ada dua. Gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel. Ditambah kesan bokeh ala kamera DSLR yang boleh diaktifkan untuk mendapatkan latar belakang imej menarik.





















Vivo V9 juga mempunyai kamera depan beresolusi 24 megapixel dengan kamera belakang 16-megapixel dan 5-megapixel dan boleh juga menghasilkan efek bokeh. Tetapi kelemahannya, Vivo V9 tidak seperti Huawei Nova 3e yang mengokong persekitaran yang kurang cahaya. Jadi imej akan nampak gelap dan kurang menarik jika cahaya tidak cukup.

Oppo F7 pula, kamera hadapannya 25-megapixel. Kamera belakang 16-megapixel. Tetapi tidak ada dwi-kamera. Jadi efek macam bokeh tu tidak begitu menjadi.

PENYIMPANAN




Memang tidak masuk akal sebenarnya Huawei Nova 3e ni. Walaupun hanya RM1,320 tetapi mampu menyimpan memori sehingga 128 GB. Ini bermakna, kita boleh simpan ratusan gambar-gambar berdefinasi tinggi yang tinggi kualiti.

Oppo F7 dan Vivo V9 mempunyai penyimpanan memori 64 GB. Kira biasalah untuk smartphone biasa. Jadi kalau korang tu kaki selfie, kaki tangkap gambar sana sini dan kaki tengok movie, F7 dan V9 bukanlah pilihan terbaik berbanding Nova 3e.

RINGKASAN SPESIFIKASI

Melihat kepada ringkasan spesifikasi yang diberikan di bawah, memang sangat tidak sangka smartphone berharga sederhana sebegini memberikan kualiti yang begitu hebat.


APAKAH PILIHAN KORANG?

Bagi Ohmedia, Nova 3e yang paling sesuai untuk gaya hidup kita yang suka bergambar mahupun merakam gambar dan video. Selfie dan wefie sangat cantik dengan Nova 3e . Yang paling penting kapasiti memori Nova 3e adalah sangat besar iaitu128 GB untuk kita simpan gambar, video dan pelbagai aplikasi mobil. Tidaklah pening, balik-balik asyik penuh je memori simpanan.

Walaubagaimanapun, Oppo F7 dan Vivo V9 pun tidak kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihannya. Tepuk dada tanya selera ya.

Review lanjut korang boleh tengok di website VMALL





Powered by Blogger.