Header Ads

Lagu 'Harapan Jadi Nyata' Nyanyian Aizat Hadiah Untuk Tun Mahathir


Lagu 'Harapan Jadi Nyata' nyanyian Aizat Amdan menjadi salah satu hadiah istimewa untuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah meraikan hari lahirnya yang ke-93 tahun.

Mengambil inspirasi daripada perjuangan Dr Mahathir sejak 1981, Aizat mendedikasikan sebuah lagu tersebut. Aizat berkata, sebenarnya ada kisah istimewa disebalik penghasilan lagu bergenre pop balada yang dirakam di studio Emil Berliner di Berlin, Jerman.


“Apabila ayah mengetahui saya akan membuat persembahan untuk majlis hari lahir Dr Mahathir yang ke-86, dia begitu bersemangat untuk mengilhamkan lagu ini, hingga bertanyakan banyak perkara khususnya mengenai bahasa dan puisi kepada rakan-rakannya.

“Melalui lagu itu, ayah menzahirkan perasaan hormat dan kagumnya kepada Dr Mahathir yang juga idolanya selama ini.

“Saya juga masih ingat sewaktu berlangsung Majlis Gala Tun Dr Mahathir pada 2011 itu. Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor masih mesra, duduk semeja,”.

Sumber: Malaysia Kini

Powered by Blogger.