Header Ads

Khairy, Anifah dan Mas Ermieyati Tetap Tidak Berganjak


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mengendahkan desakan pemimpin Umno lain yang keluar Dewan Rakyat.

Menurut Twitter Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada hari pertama Dewan Rakyat Ahli Parlimen BN dan Pas sudah keluar dewan tanda protes.

“Bekas Ketua Pemuda Umno, KJ dan bekas ketua puteri Datuk Mas Ermieyati tidak keluar dewan. Mereka tidak tinggalkan kerusi walaupun didesak oleh pimpinan Umno,” tulisnya.

Turut tidak berganjak dari dewan ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Semua Ahli Parlimen pembangkang daripada BN dan Pas bertindak keluar sebagai tanda boikot atas lantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.



Powered by Blogger.