Header Ads

Intel Geek Week Dari 9 Hingga 15 Julai Ini Di Plaza Low Yat! Jom Serbu Guys!

Majoriti rakyat Malaysia masih kurang jelas akan peranan penting Intel dalam merealisasikan urusan harian mereka di hadapan komputer. Memang ramai yang pandai bermain komputer, tapi tak ramai yang tahu untuk membolehkan komputer berfungsi, “otak” yang paling penting dalam komputer adalah sebuah sistem pemprosesan yang dikenali umum sebagai Intel.

Intel mengambil tanggungjawab untuk berkongsi ilmu tentang pemprosesan Intel ini dengan penganjuran besar-besaran iaitu Intel Geek Week akan diadakan dari 9 - 15 Julai 2018 bertempat di Level Concourse, Plaza Low Yat. Memang banyak gila aktiviti kat sana nanti dan antara yang paling menarik ialah Crash Course dan juga Football Fever.


Crash Course membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang processor mana satu yang patut digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan pemiliknya. Ramai yang biasa dengar tentang Intel i3, i5, i7, dan i9 tapi ramai yang tak tahu mana satu sebenarnya yang paling sesuai dengan keperluan urusan harian mereka di depan komputer. Begitu juga tentang apa bezanya 7th Gen dan 8th Gen yang mewakili setiap processor Intel yang terkini? Itu semua akan diperjelaskan nanti.

Football Fever pula akan mengetengahkan aktiviti riadah berkaitan eSport Bola Sepak 1 VS 1 bersempena dengan demam Piala Dunia yang melanda ketika ini. Pengunjung juga boleh bermain permainan Bola Sepak FIFA dan juga Table Football (Fossball) untuk memenangi banyak hadiah menarik yang turut disediakan.

So guys, ambil masa korang untuk datang ke Plaza Low Yat dari 9 hingga 15 Julai 2018 ini ya!!

FLYERS:







Powered by Blogger.