Header Ads

Dua Adik Beradik Bergaduh Punca 150 Orang Hilang Tempat Tinggal

Image result for rumah terbakar lahad datu

Lebih 150 penduduk di Kampung Sarip Lahad Datu hilang tempat tinggal apabila rumah mereka terbakar akibat pergaduhan 2 beradik.

Berang kerana tidak diberikan wang dikatakan punca seorang lelaki membakar rumahnya sehingga menyebabkan lebih 30 rumah terbakar. Suspek dikatakan pada mulanya telah mengambil 1 botol petrol dan mencuba untuk membakar rumah jiran, tetapi berjaya dihalang. Bagaimanapun ia bertindak membakar rumah sendiri.

Related imageSuspek disyaki dalam keadaan mabuk dan akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah.

Suspek kini dirawat di Hospital Lahad Datu kerana turut melecur 30 peratus di bahagian muka dan anggota badan.

Powered by Blogger.