Header Ads

BIGO Lancarkan Cube TV Khas Untuk Penstriman Permainan Mudah Alih


Kalau sebut pasal BIGO LIVE, rasanya semua orang pun dah kenal sangat dengan aplikasi yang membolehkan korang sendiri live ataupun melayan video live dari orang lain di Malaysia dan diseluruh dunia. BIGO LIVE ni antara aplikasi yang terawal meyediakan servis live ni dan tak pelik kenapa ianya sangat popular hingga ke hari ini.

Tapi dalam posting ni, Ohmedia bukan nak cerita pasal BIGO LIVE, tapi nak cerita tentang produk terbaru dari BIGO iaitu Cube TV. Apa itu Cube TV?

Cube TV adalah sebuah aplikasi yang memfokuskan tentang penstriman langsung pemain mudah alih arena e-sport di Malaysia. Ini bermakna, kalau korang suka main game di smartphones, lepas ni bolehlah buat live streaming terus untuk dikongsikan kepada peminat di seluruh dunia.


Menariknya Cube TV ni, korang boleh stream dalam kualiti tinggi tapi menggunakan data yang amat rendah. Selain menyediakan servis live streaming, ianya turut dilengkapi dengan ciri-ciri hadiah percuma untuk penonton, sistem mata ganjaran, pengenalan kepada trend permainan yang paling popular, berita terkini tentang game, dan liputan secara langsung e-Sport yang kompetitif.

Dengan lebih 200 juta pengguna berdaftar dari 100 buah negara (termasuk Korea Selatan, Jepun, USA, dan Australia), pelancaran Cube TV di Malaysia merupakan pencapaian yang signifikan bagi BIGO LIVE.

Lebih menarik lagi, Cube TV adalah penyiar rasmi acara kejohanan e-Sport untuk permainan mudah alih paling popular ketika ini iaitu PUBG Mobile, League of Legends, dan DOTA 2 yang membolehkan korang untuk mengikuti secara langsung acara tersebut melalui Cube TV.


Jadi kalau korang suka untuk stream game yang korang main, boleh download Cube TV dan cuba sendiri servis ni mana tahu boleh jadi popular nanti? Kalau jenis suka tengok je pun ok juga sebab ada banyak hadiah percuma, sistem penebusan mata, pusat beli-belah dalam talian, dan beribu-ribu video untuk ditonton.


Cube TV boleh dimuat-turun dari App Store dan Google Play pada ketika ini secara percuma sahaja. Untuk maklumat lanjut, korang boleh masuk ke website rasmi mereka di www.cubetv.sg atau ikuti mereka di Facebook, Instagram, dan Twitter.

* Pastikan korang dah install game dulu untuk buat live streaming di Cube TV ni. Ini kerana Cube TV hanya menyediakan servis live streaming sahaja dan tidak menyediakan game untuk dimain.
Powered by Blogger.