Header Ads

Air Mata Syamsul Mengalir Semasa Sunting Munafik 2


Ramai yang sedang menanti-nantikan Filem Munafik 2 di pawagam yang dikabarkan akan  di keluarkan awal tahun ini. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya, pengarah terkenal Syamsul Yusof telah mengesahkan bahawa filem Munafik 2 akan ditayangkan di pawagam di seluruh tanah air bermula 30 Ogos ini.


Tayangan ini juga akan serentak di Brunei dan Singapura, manakala Indonesia akan ditayangkan seminggu selepas itu.

"Ini adalah kesinambungan daripada filem Munafik. Kali ini banyak perkara dikupas dan terjawab daripada yang pertama. Apa yang boleh dikatakan, Munafik 2 bukan seram semata-mata." Katanya.

Syamsul juga mengatakan dia menangis ketika melakukan pergambaran kerana jalan cerita filem ini yang mempunyai unsur dakwah yang dinspirasi daripada kisah Nabi dan negara Islam yang tertindas.

Oh! Media: Tak sabar rasanya nak tonton sendiri Filem Munafik 2 ni. Yang pasti kita akan dapat merasai ajaran Islam yang akan di bawa menerusi watak-watak sedia ada dan karakter baru.

Powered by Blogger.