Header Ads

Tabung Harapan Malaysia Cecah RM56 Juta


Jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) kini mencecah RM56,662,086.58.

Jumlah ini dikemaskini sehingga 3.00 petang, 11 Jun 2018 hari ini, sejak ia dilancarkan pada 31 Mei lalu. Ia dimaklumkan melalui laman facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada 30 Mei, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan penubuhan THM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi membantu menangani masalah hutang negara dan bagi menunjukkan semangat cinta akan Negara.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452 dalam bentuk mata wang Ringgit.

Info : FB Kementeria Kewangan Malaysia
Powered by Blogger.