Header Ads

Semua Model Honda Hadapi Penurunan Harga Sempena Kadar Sifar GST


Bersempena dengan kadar sifar GST yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2018 tempoh hari, Honda Malaysia Sdn. Bhd. bakal mengurangkan harga jualan untuk semua model kenderaan mereka.

Bersempena dengan sifar GST, pelanggan boleh menikmati kadar harga yang lebih murah sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula. Selain itu, pelanggan yang membeli model Honda tertentu bakal menerima ganjaran terhad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toichi Ishiyama memberitahu bahawa harga model pemasangan tempatan (CKD) seperti City, City Hybrid, Jass, BR-V, CR-V dan Accord akan dikurangkan antara 4M4,088 hingga RM9,573 sebuah manakala untuk model kenderaan import sepenuhnya Odyssey akan dikurangkan dengan RM14,363 dan Civic Type R RM18,072 sebuah.


Selain itu, alat ganti beserta servis turut tidak akan dikenakan GST bermula 1 Jun lepas.

Oh! Media : Meriahlah raya tahun ni bila dapat bawa kereta impian.

Powered by Blogger.