Header Ads

Razan, Jururawat Wanita Pertama Dibunuh Zionis Israel


Seperti tahun-tahun yang lalu, Zionis Israel pasti akan melancarkan serangannya ke atas bumi Gaza di kala umat Islam sedang menjalankan Ibadah Puasa di bulan Ramadan. Pada tahun ini, nasib yang sama turut menimpa Gaza bumi Palestin dan dunia masih membisu dan tidak mampu membuat apa-apa.

Baru-baru ini, menurut sumber dari facebook Aqsa Syarif ada memaklumkan bahawa sukarelawan MyCARE dibunuh Zionis Israel ketika sedang cuba menyelamatkan mangsa yang cedera.


Razan Ashraf Najjar yang berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan rawatan perubatan di perkampungan Khuza'a.

Razan pernah berkata, "Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan."

"Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga akan syahid seperti mereka." katanya.


Tanggal 1 Jun 2018, Allah telah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang wanita yang mempunyai semangat juang untuk menyelamatkan orang lain dan seorang pejuang untuk membebaskan tanah air tercinta.

Razan menjadi sukarelawan sejak Ramadan tahun lepas. Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan, tetapi Allah lebih menyanyangi Razan.

Oh! Media : Semoga Razan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan terima kasih kerana terus memperjuangkan agama hingga ke saat yang terakhir. Al-Fatihah















Sumber : Aqsa Syarif
Powered by Blogger.