Header Ads

Menteri Pendidikan Mahukan Universiti Awam Dibuka Kepada Umum


Kementerian Pendidikan menggesa semua universiti awam membuka akses masuk untuk masyarakat luar sebagaimana amalan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Harvard, Oxford dan Cambridge.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, naib-naib canselor dan timbalan-timbalan juga dikehendaki tidak menghalang sebarang bentuk program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa.

“Selaras dengan hasrat menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka, kita tidak boleh meletakkan ‘barrier’ (penghalang) di pintu-pintu masuk contohnya beberapa universiti yang meletakkan palang-palang.

“Mulai hari ini kita mahu universiti menjadi medan untuk masyarakat menimba ilmu, bertukar idea dan dialog. Kita mahukan suasana universiti di Malaysia sama seperti di negara-negara maju,” katanya.

Menurut Maszlee, beliau sendiri pernah berdepan dengan sekatan sedemikian dan kini sebagai Menteri Pendidikan, dia mahu membawa suara mahasiswa dan warga akademik untuk menghentikan segala kekangan tersebut.

Sumber : Utusan Online
Powered by Blogger.