Header Ads

Korang Pernah Cuba Tak Air Kelapa KARTA Ni? Ini Respon Kami!


Terkejut Ohmedia bila tiba-tiba ada kotak misteri yang dihantar depan office kami. Berdebar-debar bila nak buka takut kalau ada benda bukan-bukan kat dalam. Kot korang ada hantar bom ke kan? Haha! Tapi bila dibuka, Ohmedia menarik nafas lega dan teruja bila kat dalam kotak tu ada beberapa kotak air yang bertulis “Coconut Water”! Wah, ada air kelapa dalam kotak dah ke kat Malaysia ni?! Fuhhh! Dah la bulan puasa nasib tak terbarai puasa kami semua bila tengok air kelapa depan mata. Hahaha!

Terima kasih kepada KARTA kerana sudi belanja team Ohmedia air kelapa yang sangatlah sedap ni. Walaupun di dalam kotak, tapi dia punya rasa sangatlah fresh sampai bergetar tulang rusuk kami. Haha. Siapa yang duduk area bandar macam KL ni, mesti tahu betapa seksanya nak dapat air kelapa yang fresh ni. Biasanya kalau boleh dapat pun di kedai Mamak itupun kalau ada stok dan kalau ada sekalipun, biasanya dah tak segar kerana terlalu lama disimpan.

Bayangkan lepas ni korang boleh minum air kelapa segar dengan sangat mudah hanya di dalam kotak. Serius korang memang kena cuba sendiri. Bila Ohmedia jumpa air KARTA ni, terus tarik nafas lega sebab selama ni Ohmedia hanya dapat rasa air kelapa macam ni bila ke Indonesia. Nampaknya sekarang rakyat Malaysia pun dah boleh menikmati air kelapa yang segar di dalam kotak ni. Yay!!


Syahdu betul bila berbuka minum air kelapa. Masa berbuka puasa pun dengan air kelapa. Lepas tu sambil main PS4 pun sambil layan air kelapa. Lagi power masa driving pun layan air kelapa! Fuh! Bahagia betul hidup rasanya. Haha!


Bagusnya KARTA ni, ianya memang dibuat dari 100% air kelapa asli tanpa sebarang perasa, tiada sebarang pengawet untuk biar tahan lama digunakan, dan paling penting ianya halal untuk diminum.



Gambar kat bawah ni menceritakan secara ringkas bagaimana air kelapa KARTA ni diproses dari awal sampailah sampai ke tangan pengguna.


Lepas Ohmedia dah nampak air kelapa KARTA ni, baru perasan rupanya senang nak dapat dekat mana-mana pasaraya besar dalam Malaysia ni. Didatangkan dalam saiz 330ml dan 1 liter. Setiap pek ni kalau korang minum pastikan habiskan terus la baru betul-betul best sebab bila dah dibuka kalau tak disimpan dengan betul, nanti rasanya akan jadi lain sikit tak betul-betul segar lagi. Maksudnya memang baguslah KARTA ni sebab itu membuktikan apa yang ada dalam kotak memang 100% air kelapa asli tanpa sebarang campuran lain untuk biar tahan lama. Terbaik!


Oh ya, kalau nak segar sepanjang hari dalam bulan puasa ni, korang minum air kelapa KARTA ni 5 - 10 minit sebelum habis waktu sahur. InsyaAllah, sampai berbuka segar je dan tak rasa dahaga kerana khasiat yang ada dalam KARTA ni.

Paling penting, ingat ye lepas ni kalau teringin nak minum air kelapa, korang cari KARTA ni dah tak payah nak susah-payah lagi okay!

Nak tahu lebih lanjut pasal air kelapa KARTA ni, follow Facebook mereka di www.facebook.com/kartacw/ atau layari website www.karta.com.my


Powered by Blogger.