Header Ads

Gadis Melayu Tersenarai Ke Pentas Akhir Miss Universe New Zealand



Pertandingan ratu cantik biasanya diungguli oleh wanita bukan beragama Islam, tetapi penyertaan peserta wanita Islam dan behijab juga bukanlah sesuatu yang baharu.

Sebagai contoh, Halima Aden yang merupakan peserta separuh akhir Miss Minnesota USA 2016, adalah antara yang berjaya membawa imej ratu cantik beragama Islam yang berhijab dengan sempurna.

Begitu juga dengan pertandingan Puteri Indonesia, di mana saban tahun beberapa peserta yang dipilih mewakili wilayah tertentu juga tampil berhijab.

Namun, buat pertama kalinya dalam sejarah, apabila seorang gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia berjaya disenarai pendek sebagai peserta Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand.

Nurul Shamsul, 20 tahun, dilahirkan di Ampang, Selangor dan dibesarkan di New Zealand, merupakan peserta berhijab pertama yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik tersebut.


Menerusi beberapa entri di laman sosial miliknya, Nurul menyifatkan penyertaannya itu sebagai suatu yang memecahkan stereotaip dan berharap agar niatnya itu tidak disalah tafsir.

Nurul merupakan penuntut di University of Waikato, dan dia menyatakan hasratnya untuk menyertai ratu cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.

Beliau mengakui mempunyai ibu berketurunan Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.


Sumber : Astro Awani 
Powered by Blogger.