Header Ads

Argentina Batalkan Perlawanan Persahabatan Menentang Israel Demi Palestin


Demam Piala Dunia 2018 bakal melanda pada 14 Jun 2018 akan datang. Kebiasaannya sebelum pertandingan bermula, semua pasukan bertanding akan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan. Terbaru, pemain bola sepak terbaik dunia, Lionel Messi  dan pasukan Argentina dijadualkan untuk menentang pasukan Israel.

Argentina membatalkan perlawanan pemanas badan terakhir menjelang Piala Dunia menentang Israel, menurut penyerang Gonzalo Higuain awal pagi tadi, ketika tekanan politik memuncak sebelum aksi di Baitulmaqdis, Sabtu ini.

"Mereka akhirnya melakukan perkara yang betul," kata Higuain dalam satu temu bual dengan ESPN, mengesahkan laporan perlawanan itu dibatalkan.


Menerusi Twitter, beberapa laporan dipercayai berkata bahawa Messi tidak ingin Argentina mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak Israel adalah kerana keganasan negara itu terhadap Palestin. Katanya, dia menolak sekeras-kerasnya keganasan dan percaya dunia seharusnya menjadi tempat yang aman.


Rakyat Palestin meraikan pembatalan perlawanan itu. Di Gaza, penduduk bersorak dan di Ramallah di Tebing Barat, FA Palestin mengeluarkan kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Messi dan rakannya kerana membatalkan perlawanan itu.


FA Palestin berterima kasih kepada pemain Argentina diketuai Messi kerana enggan dipergunakan pihak tertentu."
Pengerusi FA Palestin, Jibril Rajoub berkata: "Nilai, moral dan sukan meraih kemenangan hari ini dan kad merah dilayangkan kepada Israel menerusi pembatalan perlawanan itu."





Powered by Blogger.