Header Ads

Rakyat Malaysia Kelahiran Penang Mendapat Gaji CEO Tertinggi Di Amerika Syarikat




Antara pemegang gaji tertinggi di Amerika termasuk Apple's Tim Cook, Tesla Elon Musk dan Facebook's Mark Zuckerberg. Di antara nama-nama besar ini, siapa sangka yang anak Malaysia telah tersenarai sebagai penerima gaji CEO tertinggi berbanding mereka semua?

Tan Hock Eng, CEO kepada syarikat Broadcom  adalah anak kelahiran Penang yang berusia 66 tahun, beliau sekarang merupakan pemegang gaji tertinggi untuk Chief Executive Officer di Amerika, mengikut maklumat yang telah dikeluarkan oleh The Wall Street Journal.


Kajian kewangan telah mendapati gaji CEO bagi syarikat-syarikat besar US adalah sekitar US$12.1 million (RM47.4 juta) - 2017.

Walaubagaimanapun, Tan telah memperoleh US$103.2 million (RM406.9 juta) tahun lepas dan ia adalah 2,039 kali ganda berbanding purata gaji perkerja US. Sebanyak 318% peningkatan gaji berbanding tahun lalu.

Turut difahamkan bahawa sebahagian besar pendapatan tahunan yang diterima beliau datang daripada keuntungan pegangan saham Broadcom serta prestasinya terbaiknya sebagai CEO syarikat tersebut.


Tan Hock Eng juga akan membuka syarikat semikonduktur di bawah kendaliannya dan ini sekaligus mampu membuka peluang pekerjaan terutamanya buat Rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan.


Powered by Blogger.