Header Ads

Honor 9 Lite 'SOLD OUT' Dalam Masa 6 Minit Sahaja Di India. Apa Sebabnya?


Tahun 2018 merupakan tahun pelbagai telefon pintar dipasaran berevolusi dari pelbagai aspek terutamanya yang paling ketara kita lihat adalah pada rekaan skrin yang dipanggil FullView yang mana pelbagai jenama berlumba-lumba menghasilkan skrin yang kelihatan penuh. FullView telah mengurangkan bazel di bahagian kiri dan kanan juga mengurangkan “chin” atas dan bawah pada smartphones sekaligus menjadikan smartphones yang mempunyai “chin” yang tebal di bahagian atas dan bawah kelihatan ketinggalan zaman.

Honor 9 Lite antara smartphones terbaru yang turut termasuk di dalam trend rekaan skrin FullView ini tetapi lebih hebat lagi. Baru-baru ini berita Honor 9 Lite habis dijual di India dalam masa 6 minit sahaja di Flipkart (sebuah laman jual beli di India) hangat diperkatan.

Apa faktor yang membuatkan Honor 9 Lite begitu laris sekali sehingga sold out cuma dalam masa 6 minit sahaja? Kami rasa mungkin ini sebab-sebabnya!

REKAAN YANG MENGAGUMKAN!


Penggunaan kaca 2.5D yang melalui proses 12-lapisan nano-scale optical coating menjadikan rekaan keseluruhan Honor 9 Lite seperti cermin begitu premium dan unik bila dipandang. Kehadiran skrin bersaiz 5.65-inch edge-to-edge FullView HD Display dengan ratio 18:9 FHD+ malah lebih baik berbanding Honor 9 sendiri. Semua ini adalah mengikut trend perkembangan terkini telefon pintar yang menjadi penyebab utama kenapa ramai yang jatuh cinta apabila pertama kali melihatnya.

POWER!!


Honor 9 Lite dengan EMUI 8.0 yang dikuasakan oleh ultra-fast 16nm octa-core Kirin 659 chipset dengan clock rate sehingga 2.36 GHz dan dilengkapi dengan GPU membolehkan korang melakukan apa sahaja dengannya. Ini termasuklah games, video editing, mahupun sekadar penggunaan biasa.

MULTITASKING!


Apa gunanya bila skrin bersaiz besar tapi tidak dapat melakukan multitasking. Multitasking yang dimaksudkan adalah dengan menjalankan 2 aplikasi serentak dalam satu-satu masa secara bersebelahan. Pada pandangan Ohmedia, iPhone sekalipun memang perlu lakukan sesuatu seperti Honor 9 Lite ini bagi membolehkan skrin bersaiz besar lebih dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Barulah pengguna lebih produktif dalam urusan harian mereka dengan telefon pintar. Ye tak?

KAMERA!


Smartphones terkini boleh dikatakan wajib untuk mempunyai kamera yang hebat. Begitulah juga dengan Honor 9 Lite yang didatangkan dengan dual-lens 13MP + 2mp pada bahagian depan dan belakang. Total kamera ada 4 lah kan. Ini membolehkan setiap gambar yang diambil lebih jelas dan cantik mengikut kehendak kita walaupun di manapun dan di dalam apa jua keadaan sekalipun.

Begitu juga selfie dengan dual-lens di bahagian hadapan menjadikan gambar selfie korang lebih kelihatan cantik dengan kesan bokeh bukaan aperture sehingga F2.0 sama seperti diambil jurugambar profesional dengan kamera yang mahal. Gandingan fungsi portrait mode dan dual-lens membolehkan gambar dengan kesan bokeh (kabur di bahagian belakang) menjadi lebih mudah.


Fungsi kamera lain juga seperti mode Aperture menjadikan apa sahaja gambar yang korang ambil mendapat hasil bokeh yang cantik. Fungsi Aperture ini juga boleh diubahsuai mengikut kemahuan dan kesesuaian.


Bagaimana dengan HDR? Memang masalah kan kalau ambil gambar berlatarbelakangkan cahaya Matahari ketika sunset? Fungsi HDR pada Honor 9 Lite menjadikan situasi seperti itu tidak lagi akan berlaku.

Banyak lagi fungsi lain yang menjadikan kamera pada Honor 9 Lite sama hebatnya dengan smartphones flagship lain di pasaran ketika ini. Dari pengalaman Ohmedia sendiri, Honor 9 Lite ini mempunyai features yang seakan sama seperti Huawei P20 walaupun dijual pada harga yang sangat murah.

FUNGSI KESELAMATAN!


Ini fungsi yang sangat penting untuk pengguna bagi memastikan data yang ada di dalam smartphone kita selamat daripada sampai ke tangan orang lain. Honor 9 Lite dilengkapi dengan keselamatan cap jari 4.0 di bahagian belakang yang membolehkan ianya beroperasi dengan lebih lancar dan mengambil masa 0.25 saat sahaja untuk mengenalpasti cap jari yang telah ditetapkan.

Selain itu, Honor 9 Lite juga didatangkan dengan fungsi “Face Unlock” yang sama seperti di iPhone X sekaligus membolehkan selain dari cap jari, ianya juga boleh di’unlock dengan mengenalpasti muka pemiliknya. Semudah itu.

KESIMPULAN


Pada Ohmedia, dengan harga rasmi cuma RM749 dan datang dengan fungsi yang gila-gila macam ni, patutlah pun Honor 9 Lite ni boleh sold out dalam masa 6 minit sahaja. So kalau bajet korang around tu, Honor 9 Lite ni patut masuk dalam list. Ketahui lebih lanjut berkenaan Honor 9 Lite ini di website VMALL.



Powered by Blogger.