Header Ads

Guru Dilibas Parang - Niat Hanya Nak Tegur



Seorang guru yang baru sahaja selesai mengajar di Sekolah Menengah Rungkup, Perak menuju pulang ke rumah bertukar tragedi apabila dilibas dengan parang di bahagian muka menggunakan parang.

Mangsa, Redhuan Embi, 32 tahun berkata, Selesai kerja saya pulang dari sekolah menaiki motor dan memasuki Jalan Kampung Sungai Haji Muhammad untuk pulang ke rumah sebelum nampak orang bawa parang dari hadapan. 

“Tapi saya kenal dia, dia orang kampung saya jadi masa tu saya nak tegur macam tegur orang kampung biasa dan tak sangka pula dia dari arah bertentangan terus datang kepada saya dan menetak muka saya dengan parang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman ibu mertuanya di Kampung Bahagia.

Ekoran daripada itu, Redhuan mengalami kecederaan di mana pipi kanannya terbelah dan menerima 60 jahitan di Hospital Teluk Intan (HTI) selepas dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Batang oleh orang ramai sebelum itu.


Redhuan juga menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan dalam kejadian yang menimpanya itu kerana dia hanya kebetulan melalui jalan tersebut pada masa itu.

Sumber : Sinar Harian
Powered by Blogger.