Header Ads

Duta Perancis Ucap Tahniah Malaysia Dalam Bahasa Melayu Ini Dipuji Netizen



Malaysia sekarang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Baharu, setelah Pakatan Harapan telah menewaskan Barisan Nasional pada PRU-14 tempoh hari. Lantas dari itu, ia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia, tambahan lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kemudian, viral pula satu video di mana Duta Perancis ke Malaysia, Frédéric Laplanche membuat satu ucapan ringkas untuk mengucapkan tahniah kepada Malaysia. Apa yang menarik tumpuan kami dan seluruh rakyat Malaysia adalah apabila Frédéric memberi ucapan dalam bahasa kebangsaan dan mencuba sebaiknya untuk bercakap Bahasa Melayu dengan lancar.



Ramai memuji dialek, percakapan serta susunan ayat Frédéric yang sangat tersusun. Malah cara dia berbahasa juga seperti sudah biasa mempraktikkannya setiap hari.

Video itu telah ditonton sebanyak 372,000 dan telah mendapat perkongsian lebih 12,000 di Facebook. Ini antara komen orang ramai. Untuk tonton video, tekan link dibawah:





Sumber: Facebook France in Malaysia


Powered by Blogger.