Header Ads

Lelaki Ini Dakwa Tidak Sengaja Meracun Kucing. Disangka mahu meracun Anjing dan Tikus.



Tempohari kami kongsikan tentang 17 ekor kucing yang diracuni di Lorong Seri Kuantan, Kuantan, Pahang di facebook Oh!Media. Kini jumlah kucing peliharaan yang mati akibat diracun telah meningkat kepada 25 ekor.

Pencinta kucing Muhammad Nor Fiqry Zahari, 38, atau lebih dikenali dengan panggilan Babah Conan akan membuat laporan polis.


Tindakannya ini diambil, selepas mendapat maklumat daripada kawannya bahawa ada individu telah menghubungi sebuah stesen radio untuk memohon maaf kerana tidak sengaja meracuni haiwan terbabit.



“Saya tak tahu siapa yang buat panggilan itu, tetapi panggilan suara itu dikongsikan oleh kawan menerusi aplikasi WhatsApp kepada saya. Lelaki tersebut memaklumkan yang dia tidak mengetahui ada kucing di kawasan terbabit."

“Kepala ayam yang mengandungi racun ini mahu diberikan kepada tikus dan anjing yang berkeliaran di kawasan terbabit. Saya nak kesahihan perkara ini supaya tindakan selanjutnya boleh diambil."

Sumber: AstroAwani
Powered by Blogger.