Header Ads

Bukan Lelaki Kaki Mengayat, Rody Kristal Lamar Niena Azman Guna Instagram



Tahniah kami ucapkan kepada pemain gitar kumpulan Kristal, si 'Baby Face' Rody yang selamat melangsungkan pernikahannya Jumaat yang lalu dan melangsungkan perkahwinannya semalam bersama atlet kebangsaan Futsal negara, penjaga gol, Niena Azman.


Menyifatkan Niena sebagai seorang yang penyayang dan baik hati, Rody tidak mengambil masa yang lama untuk melamarnya. Setelah berkenalan selama 6 bulan, mereka bertunang November tahun lalu dan melangsungkan perkahwinan mereka semalam.

Uniknya Rody melamar Niena melalui akaun Instagram dan meminta Niena 'Repost' jika menerimanya. Niena yang terbuka hati menerima baik lamaran itu, kerana Rody bukanlah lelaki yang suka mengayat dan merupakan lelaki pertama yang serius melamarnya berbanding lelaki yang lain.


Mohd Rodi Baharudin, 32 dan Nur Izwani, 31 ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja dalam majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor secara tertutup. Rody menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh, tak perlu bercinta bertahun lama.
Berikut gambar-gambar pra perkahwinan mereka.




















Foto kredit: lvp.co dan IG Rodykristal
Tahniah dari kami di Ohmedia.
Powered by Blogger.