Header Ads

VIVO APEX™ - Smartphone Paparan Skrin FullView™ Terbesar


Fungsi telefon pintar untuk penggemar automotif amatlah penting. Smartphone atau telefon pintar dinobatkan sebagai gajet paling banyak menembusi pasaran. Oleh itu pelbagai pilihan dihidangkan dan perubahan spesifikasi semakin canggih melampaui jangkaan.

Pengalaman Cinematik yang Mengujakan dengan Paparan FullView™

Mencuri tumpuan di ketika ini adalah Vivo APEX™, di mana impian untuk mempunyai telefon pintar paparan FullView menjadi nyata. Skrin meliputi 98% bahagian hadapannya. Ini menjadikan APEX ™ telefon pintar yang mempunyai skrin terbesar yang pernah diciptakan. Wow !


Dengan platform OLED yang fleksibel, mikrocip dipasang terus ke papan litar menjadikan bezel atas dan sisi APEX ™ hanya setebal 1.8mm. Manakala bezel bawah pula setebal 4.3mm. Ini menjadikan APEX™ menyandang smartphone dengan permukaan skrin terbesar di pasaran.

Pengimbas Cap Jari di Separuh Bahagian Skrin



Pelancaran APEX ™ dengan konsep paparan FullView™ memeranjatkan dunia telefon pintar. APEX ™ merupakan bukti berterusan Vivo dalam usaha menginovasikan teknologi “In-display Fingerprint Scanning” melalui prototype telefon pintar mereka .

Dengan konsep ‘Half-Screen In-Display Fingerprint Scanning Technology’ APEX ™ mampu mengimbas cap jari di separuh bahagian skrinnya . Ini memudahkan lagi proses menyahkunci atau ‘Unlock’ pada APEX ™.

Dilengkapi Pelbagai Sistem Operasi dengan Prestasi Luar Biasa


Mencerminkan misi Vivo dalam memperkasakan ekspresi kendiri di kalangan generasi yang seterusnya, pelbagai teknologi canggih dalam semua aspek diperkenalkan. Bermula dari kamera depan, penangkapan gambar sehinggalah galeri membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi memori indah mereka.

Keagungan Vivo sebagai pelopor selfie yang sempurna masih terus dikekalkan. Kamera hadapan sebesar 8-Megapixel dilegkapi dengan autofocus dan LED flash tersembunyi kemas di bahagian atas apabila tidak digunakan. Apabila diaktifkan kamera ini akan keluar seperti periskop kapal selam dalam hanya 0.8 saat sahaja.


Berdasarkan tradisi Vivo yang mementingkan kualiti audio, APEX ™ dihasilkan bersama Teknologi SoundCasting menjadikan paparan audio APEX ™ seperti pembesar suara dengan kualiti audio terbaik yang menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa.

Dengan teknologi baru ‘System in Package’ (SIP), APEX ™ mempunyai hampir 60% lebih ruang untuk menggunakan size bateri yang lebih besar dan fungsi ‘cooling’ berbanding dengan model Xplay6 sebelum ini.

APEX ™ Pencetus Idea Ciptaan Masa Hadapan



Sudah pasti dengan teknologi baru ini , menjadikan APEX ™ pencetus idea pengeluar telefon pintar yang lain. Walaubagaimana pun menurut Vivo, mereka akan terus menerokai semua kemungkinan dan terus komited merealisasikan impian dengan mencipta sesuatu di luar jangkaan dari masa ke semasa.
Powered by Blogger.