Header Ads

Trailer & Sinopsis Filem Get Hard : Tongkat Ali



Sebuah filem kontroversi dan berani sedang ditayangkan mulai hari ini di pawagam. Menampilkan pelakon utamanya JC Chee yang kita kenali sebagai Toke dalam filem 'Ola Bola' dan Juwei Teoh (Keli) memainkan watak sebagai pasangan kekasih. Dibintangi juga oleh Emily Kong, Elvis Chin, Sarah Lian, Loo Aye Keng dan Joey Chua.

Oh ya! Kami di Ohmedia dah pergi tengok tau. Boleh baca artikel di bawah :
Baca : Oh! Media Tonton Filem Kontroversi - Get Hard Tongkat Ali

Diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, kami berpendapat filem ini berani mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh 1/4 kaum lelaki tidak mengira bangsa. Satu masalah universal yang mendatangkan masalah mental yang serius tetapi dipandang terpencil iaitu mati pucuk.



Walaubagaimanapun ada babak-babak yang kurang sesuai tetapi untuk klasifikasi 18 tahun ke atas, semua babak yang dipertontonkan adalah ringan, boleh diterima akal dan difikirkan mesej yang cuba disampaikan juga baik dan buruknya.


Get Hard - Tongkat ali sebuah filem dalam bahasa Mandarin diterbitkan oleh Storideas dengan kerjasama Room6, KB7 dan Jet Poh Asia Media, merupakan filem genre komedi yang paling kontroversi di Malaysia!

Menurut kajian, setiap seorang daripada empat orang lelaki yang berusia antara 20 hingga 29 tahun mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk. Sedikit sebanyak filem Get Hard Tongkat Ali ini, memberikan banyak mesej kepada mereka yang menghadapinya dan orang sekeliling untuk memahami kemurungan mereka.

Dengan sarikata Bahasa Malaysia dan Inggeris disediakan, memang tiada masalah untuk difahami. Filem arahan pengarah Chan Wei Cheong ini mengambil masa 1 jam 37 minit.


JC Chee memegang watak sebagai Tang Wenhu (Tiger Tang) berusia 26 tahun merupakan seorang yang berjaya dalam kerjaya dan popular di kalangan wanita kerana ketampanannya. Ramai wanita cuba menggodanya dengan pelbagai cara tetapi dia tetap setia kepada teman wanitanya, KeLi.


Dilakonkan oleh Juwei Teoh, sudah 5 tahun Tang dan KeLi berpasangan tetapi Tang sentiasa mengelak untuk mengadakan hubungan intim. Namun begitu, KeLi tidak pernah merasakan Tang punya masalah dan merasakan Tang menghormatinya dan tidak mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Tiba-tiba satu hari, ibu Tang berpura-pura sakit parah dan memaksanya untuk berkahwin dengan KeLi dalam masa 30 hari supaya dapat membuang sumpahan malang yang ibunya percaya menjadi punca dia jatuh sakit. Jika gagal Tang mesti berkahwin dengan gadis pilihan ibunya, Beauty.



Tang yang berasa cemas dan bimbang kerana dia menghadapi masalah mati pucuk. Mahu berterus-terang kepada KeLy, bimbang KeLy akan meninggalkannya.

Kerana dek mati akal dan merasakan tiada jalan lain, Tang meminta bantuan daripada rakan-rakannya dan mereka telah menjalankan beberapa siri “Aktiviti Menyelamat” untuk menolong Tang mengatasi masalahnya, dan membawa kepada plot-plot yang lawak dan lucu!






Bagaimanakah kisah ini berakhir?
Jangan terlepas menonton komedi kontroversi ini mulai hari ini 8 Mar 2018 di pawagam.
Powered by Blogger.