Header Ads

Oh! Media Tonton Filem Kontroversi - Get Hard Tongkat Ali dan Ini Respon Kami




Teruja kami di Ohmedia apabila menerima jemputan ke malam gala tontonan filem penuh kontroversi 'Get Hard - Tongkat Ali'.

Rata - rata netizen berpendapat filem ini berbaur lucah , keterlaluan, sampah dan menuduh pihak penapisan filem sebagai membutakan mata selepas menonton trailer filem ini yang kami kongsikan di Facebook Oh!Media.



Tengok trailernya memang macam-macam perkara negatif kita fikirkan. Apalah mesej filem ini dan bagaimana pula boleh melepasi penapisan filem ?

Kami juga seperti anda. Pelbagai soalan juga bermain di minda kami. Resah gelisah memikirkan nasib industri filem Malaysia. Tetapi, untuk mengadili segala kritikan dan komen penonton 'Trailer' filem ini, kami bertiga di Ohmedia telah bersetuju ke pra-tonton filem tersebut dan kami kongsikan pengalaman kami !

Nak baca lebih lagi tentang filem ini, boleh tengok artikel di bawah



Antara barisan pelakon dan krew filem 'Get Hard - Tongkat Ali'

Meja pendaftaran para media dan tetamu jemputan.








Kami bersedia untuk menonton filem ini di hall 4 MBO Cinema, Starling Mall malam tadi.

'Get Hard - Tongkat Ali' merupakan filem bergenre komedi dalam bahasa Mandarin. Sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia disediakan, oleh itu memang tiada masalah langsung untuk memahami jalan cerita ini.

Antara watak lucu filem 'Get Hard - Tongkat Ali'

Filem arahan pengarah Chan Wei Cheong ini mengambil masa 1 jam 37 minit ini dilakonkan oleh watak utamanya JC Chee, yang dikenali kita sebagai Tauke, watak dalam filem 'Ola Bola'. Membawa watak sebagai lelaki bernama 'Tiger Tang' yang menghadapi masalah mati pucuk walaupun merupakan seorang yang berjaya dalam kerjaya dan menjadi popular di kalangan wanita. Dia mempunyai teman wanita bernama Keli.


Semuanya menjadi huru-hara apabila ibu Tang berpura-pura jatuh sakit dan memaksanya untuk berkahwin dalam tempoh 30 hari supaya dapat membuang sumpahan malang yang ibunya percaya menjadi punca dia jatuh sakit. Dia serba salah dengan permintaan ibunya turut cemas kerana bimbang Keli mengetahui kelemahannya dan akan meninggalkannya.

Tang telah meminta bantuan rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan rentetan daripada itu, bermulalah adegan komedi filem ini yang membuat kami ketawa dan terus ketawa.


Menurut JC Chee, dia teruja apabila diberi peluang untuk membintangi filem serta tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan berikutan ia adalah subjek yang cukup sensitif di kalangan golongan lelaki. JC mengakui ia merupakan satu tanggungjawab besar dan sukar buatnya kerana dirinya sendiri tidak berdepan dengan masalah mati pucuk. Selain itu, cabaran lain yang terpaksa dihadapinya dalam filem ini adalah ia bergenre komedi, sedangkan dia belum pernah terlibat dalam filem bergenre komedi sebelum ini.


Berdebar kami dapat benda ni hahahaha. Mereka kata ubat kuat di dalamnya. Rupanya sebatang pen!

Setelah Menonton Filem 'Get Hard - Tongkat Ali' , Kami Berhenti Mengkritik ! 

Keinginan mengkritik filem ini bertukar apabila kami selesai menontonnya.
Diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, kami berpendapat filem ini berani mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh 1/4 kaum lelaki tidak mengira bangsa. Satu masalah universal yang mendatangkan masalah mental yang serius tetapi dipandang terpencil iaitu mati pucuk.

Filem yang memberikan pengajaran serta peluang kepada golongan yang kita tidak sedar dipinggirkan.  Menyampaikan mesej bagaimana golongan ini berhadapan dengan masalah mereka seperti berahsia penyebab salah faham dalam hubungan, terasa rendah diri takut ditinggalkan, tidak difahami, kemurungan dan sudah tentu mereka memerlukan kita untuk memberi sokongan.

Ya memang isu ini amat sensitif, tetapi boleh diterima. Jalan cerita tidak menyimpang, menarik dan lucu. Terselit banyak pengajaran secara santai. Walaupun filem ini untuk tontonan mereka yang berumur 18 tahun ke atas, tetapi lebih sesuai ditonton bersama rakan sejantina. Tiada adegan yg melampau dan terselit mesej berguna dan perkara-perkara yang memberi pengajaran. Saksikan sendiri apa yang kami maksudkan.

Bagaimanakah pendapat korang selepas menonton filem ini agaknya? Adakah sama seperti kami yang berhenti mengkritik dan apa yang dijangkakan mulanya meleset sama sekali? Kita tunggu.
Powered by Blogger.