Header Ads

Ladang Sawit Sebagai Tempat Teduhan 4 Beranak Siang Dan Malam





Felda Bukit Sagu, Kuantan, mengejutkan rakyat Malasysia apabila masih ada keluarga yang begitu daif dan kesempitan hidup sehingga memaksa sebuah keluarga 4 beranak berteduh di sebuah bangsal usang yang dijadikan tempat berlindung dari hujan, panas, siang dan malam di sebuah ladang sawit.

Sementara itu, Nor Ain Fazila Ramli, 24 dan suami Mohd Zahar Che Hassan,24 masih bersyukur dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga bersama 2 orang anaknya berusia 3 dan 1 tahun.

Bangsal itu telah diberikan sendiri oleh pemilik kebun sawit itu setelah melihat 4 beranak ini tiada  tempat berteduh dan digunakan mereka untuk meneruskan kehidupan seharian.

Sejurus dari kesusahan ini, suaminya hanya bekerja sebagai pengait dan mengangkat buah sawit yang hanya mendapatkan upah sekitar RM15 hingga Rm30 sehari bagi membeli makanan dan keperluan harian.

Dengan hanya menadah air hujan sebagai sumber air bersih untuk kegunaan mereka, keluarga ini turut menerima beberapa sumbangan seperti barang keperluan dan kelengkapan lain.

Oleh itu, kita berharap ada pihak yang datang tampil bagi membantu keluarga yang kurang bernasib baik sehingga perlu berlindung di dalam bangsal usang di dalam ladang sawit.

Sumber : Sinar Harian

Powered by Blogger.