Header Ads

Kini Terjawab ! Neelofa Masih Kekal Sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita Bagi Tahun 2018


Image result for NEELOFA
Hajah Noor Neelofa atau Neelofa adalah seorang selebriti dan ahli perniagaan yang sedang hangat dibahaskan dan diperkatakan di media sosial mengenai gelarannya sebagai ikon wanita. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengatakan bahawa Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita bagi tahun 2018 (TMW18) yang diterimanya pada Januari 2018.

Jadi ia sekaligus menepis segala dakwaan dan desas desus di media sosial yang mengatakan bahawa Neelofa telah digugurkan sebagai ikon wanita negara, kata kementerian itu.

‘Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

"Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan beliau untuk memperkasa wanita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Image result for kenyataan media neelofa sebagai ikon wanita

Sementara itu, pihak kementerian dan Neelofa telah bersetuju untuk memberikan yang terbaik dalam merealisasikan setiap perancangan yang diatur dalam menjayakan program yang bakal dilaksanakan bagi terus memajukan ekonomi wanita setelah melakukan  perjumpaan pada Januari lalu sebelum Neelofa diumum sebagai ikon TMW18.

Untuk pengetahuan umum, turut dilantik sebagai ikon TMW18 adalah Neelofa, Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan  pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan  mereka dalam bidang masing-masing.

Powered by Blogger.