Header Ads

Chatime Keluarkan Surat Tuntutan Kepada Tealive


Ini adalah isu yang dah lama bermain di mulut netizen dan rakyat Malaysia dan paling penting, mereka percaya yang Chatime telah menukar nama perniagaan mereka kepada Tealive. Ialah sekali imbas memang seakan-akan sama imej dan jenis perniagaan yang dijalankan. Sebenarnya Chatime masih ada dan Tealive bukan pengganti kepada Chatime malah kedua-dua jenama ini langsung tidak berkaitan.

Tapi kita mesti akan perasan bagaimanapun tetap Chatime memiliki banyak keistimewaan dan kualiti yang lebih baik. Ini kerana Chatime Malaysia yang original masih ada lagi dan Tealive bukanlah pengganti Chatime.

Chatime Malaysia Sdn. Bhd. mengeluarkan surat tuntutan terhadap Loob Holding Sdn. Bhd. kerana menyatakan jenama Chatime telah ditukar nama kepada Tealive sekali gus mengelirukan orang ramai. Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, laman web rasmi Loob Holding secara jelas menyiarkan dua tajuk iaitu ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ dan ‘Tealive ganti Chatime’.

ALIZA ALI (kiri) dan Widayu Latiff nekad untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia.

Katanya, tindakan Loob Hol­ding itu telah mengelirukan orang ramai yang mana bercanggah dengan situasi sekarang bahawa Chatime masih berope­rasi di Malaysia di bawah pemegang lesen induk baharu, Will Group Sdn. Bhd.

Kami telah memberikan me­reka tempoh yang lama iaitu satu tahun untuk memperbetulkan isu ini, malangnya laman web rasmi Loob Holding masih menyiarkan dua tajuk utama ber­kenaan. Tajuk itu masih ada sehingga Februari 2018, yang menyebabkan ramai orang mempercayai bahawa jenama Chatime sudah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) pada Mei 2017 telah melantik Will Group sebagai pemegang lesen induk Chatime Malaysia. Chatime Malaysia kini dimiliki sepenuhnya oleh Will Group.

Setahun selepas mengambil alih pasaran Chatime di Malaysia sebagai francaisi induk, Aliza berkata, pihaknya kini mengambil langkah yang perlu untuk melindungi jenama yang mungkin termasuk prosiding undang-undang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Wi­dayu Latiff berkata, kenyataan yang mengelirukan daripada Loob Holding telah memberi impak kepada jenama Chatime.

Kami berasa bertanggungjawab untuk menangani kekeliruan dan melindungi reputasi Chatime di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Kisah Antara Chatime Dan Tealive


Situasi tegang ini semuanya bermula apabila Loob Holding mengumumkan untuk menje­namakan semula 165 cawangan Chatime di Malaysia sebelum 6 Mac selepas La Kaffa menamatkan perjanjian francaisnya pada 5 Januari 2017.

La Kaffa mendakwa pemegang francaisnya bagi pasaran Malaysia, Loob Holding menggunakan bahan mentah tidak diluluskan dan gagal membayar hutang tertunggak pada Februari 2017. Menurut La Kaffa, Loob Hol­ding telah melanggar kontrak pemegang francais apabila menggunakan bekalan bahan mentah berbeza daripada resipi asal tanpa menerima kelulusan daripada La Kaffa.

La Kaffa me­ragui status halal bahan mentah yang digunakan oleh Loob Hol­ding termasuk serbuk teh dan serbuk koko selepas kedua-dua bahan tersebut tidak dibeli secara terus melalui La Kaffa sebagaimana termak­tub di dalam kontrak,” katanya.

Walau bagaima­napun, Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo menafikan semua dakwaan La Kaffa itu.

Perjanjian Loob dan La Kaffa sepatutnya berakhir pa­da 2041. Namun, ia telah ditamatkan ke­­rana terdapat perbezaan pendapat an­tara firma Taiwan itu dengan hala tuju perniagaan Chatime di Malaysia ketika itu.

Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM

Selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified daripada Taiwan, mankala bahan seperti susu, gula, dan sebagainya ialah produk daripada Malaysia. Mungkin ada yang belum tahu, baru-baru ini sahaja mereka menerima sijil halal daripada pihak JAKIM yang membuktikan betapa seriusnya Chatime dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan di Malaysia.

Ini sekaligus membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi. Tahniah Chatime!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
+ Kredit:  Utusan Malaysia.
Powered by Blogger.