Header Ads

-->

Shukri Yahaya Cedera Teruk dan Lemas Demi Filem Terbaru, Surf This Love


Pelakon terkenal Shukri Yahaya dilaporkan terpaksa melalui beberapa detik cemas yang mencabar ketika menjalani pengambaran filem terbarunya, Surf This Love. 

Shukri Yahaya dilapor mengalami kecederaan teruk di badan hingga membuatkan badannya menjadi cramp ketika melakukan aksi di dalam air ketika berada di Bali. Malah dia juga turut berdepan juga dengan detik cemas apabila lemas akibat dari ombak besar.

Kejadian itu berlaku apabila pelakon yang terkenal dengan banyak rantaian drama TV, itu terpaksa turun ke laut dalam dan mempelajari cara surfing atau sukan luncur air dengan teknik betul.


Walaupun ini merupakan mengalamannya yang pertama mencuba sukan laut yang mencabar hingga mengalami kecederaan, namun Shukri mematahkan semangat dan tidak serik untuk melakukan shot berkali-kali demi mendapatkan hasil terbaik dalam filem yang akan ditayangkan pada bulan Februari nanti.


Menurut Shukri, dia bersyukur dan gembira kerana terlibat dalam filem Surf This Love yang sangat luar biasa kerana merupakan filem pertama yang mengengahkan kisah luncur air di Malaysia sekaligus memperluaskan lagi pengetahuan tentang sukan air ini di mata masyarakat.



Menerusi filem ini, Shukri Yahaya memegang watak utama bergandingan dengan pelakon hebat Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Josiah Hogan dan ramai lagi. Para pelakon dan krew filem terpaksa berkampung berbulan-bulan di Pulau Tioman yang menjadi lokasi utama filem ini.


Filem Surf This Love yang diarahkan oleh pengarah terkenal Waan Hafiz serta terbitan GSR Production Sdn Bhd ini bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 22 Februari 2018. Jangan lepaskan peluang untuk tonton filem yang luar biasa ni.


Powered by Blogger.