Header Ads

Dua Kelahiran Yang Paling Dinantikan Bulan Mac Ini


Setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal Dato' Khalid Mohd Jiwa pada Ogos 2006 akhirnya Siti disahkan hamil. Kini debaran semakin hampir dan sudah tentu semua menantikan kelahiran puteri sulung penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza yang dijangka akan bersalin pada bulan Mac hadapan.


Tengok sahajalah kaki Dato Siti, yang semakin membengkak di semester ketiga kehamilannya.
"Pinjam selipa suami.. selipa saya dah tak muat. Doakan semoga kandungan saya sihat dan menjadi anak yang solehah,” katanya.


Sentu tentu yang turut dinantikan adalah kelahiran anak kedua pelakon Nora Danish yang turut dijangka pada bulan Mac hadapan. Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup dan memilih untuk merahsiakan jantina kandungannya.

"Saya nak rahsia dahulu, nak beri kejutan kepada peminat. Semua ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah tahu. Insya-Allah nanti kami umumkan bila tiba masanya. Nama anak juga sudah ada beberapa yang sesuai dan sedang difikirkan," katanya.

Semuga kedua-dua kelahiran ini dipermudahkan dan menambah keceriaan kedua keluarga.
Powered by Blogger.