Header Ads

1 dari 10 Kanak-Kanak Bunuh Diri Kerana Buli Siber. Bantu UNICEF Hentikan Masalah Ini!


Dah lebih 10 tahun Ohmedia sendiri menjadi sebahagian daripada penyumbang UNICEF dan itu adalah ketaksuban kami kepada rasa ingin turut sama memberikan sesuatu kepada kanak-kanak kurang bernasib-baik di dunia ini. Kali ini UNICEF sekali lagi memerlukan anda untuk sama-sama menangani masalah Buli Siber.

Dengan lebih 3 biilion pengguna internet seluruh dunia, ianya telah membuatkan dunia kini tanpa sempadan untuk berhubung satu sama lain. Disebalik hal positif ini, sedarkah kita bahawa kanak-kanak hari ini sangat terdedah dengan masalah siber buli? 20% daripada jumlah tersebut adakah kanak-kanak yang menjadi mangsa buli siber dan 1 dari 10 telah menghentikan keperitan yang dialami mereka dengan membunuh diri.


Semua ini harus dihentikan segera!!


Sebagai dewasa yang bertanggungjawab, UNICEF ingin mengajak anda semua dalam usaha untuk menghentikan masalah buli siber di kalangan kanak-kanak ini dengan turut serta dalam kempen ‘Safer Internet Day’.


Bagaimana Kita Boleh Membantu?


Caranya mudah sahaja untuk anda turut serta dalam kempen daripada UNICEF ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah sampaikan mesej kesedaran mengenai buli siber di laman Instagram masing-masing dan sertakan dengan hashtag #endviolence, #saferinternetday serta tag laman Instagram rasmi @Unicef.


Ini adalah sekecil-kecil usaha yang boleh anda lakukan dan dari usaha kecil anda ini mungkin akan menyelamatkan banyak nyawa di seluruh dunia. Mesej kesedaran daripada anda mungkin tidak dapat dicapai ramai, namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kanak-kanak lain daripada menjadi mangsa buli siber yang seterusnya.

Jom hentikan masalah buli siber!!
Powered by Blogger.