Header Ads

-->

Vivo Berjaya Buat Sensor Cap Jari Di Bawah Skrin Dan Ini Sangat Memalukan Apple!


Ingat lagi tak desas-desus kononnya Apple sedang dalam proses untuk mengeluarkan iPhone dengan sistem sensor keselamatan cap jari di bawah skrin beberapa tahun yang lalu? Tapi nampaknya Apple gagal merealisasikan desas-desus tersebut dan akhirnya telah membuang konsep keselamatan berasaskan cap jari sepenuhnya dan memberikan fokus kepada Face ID yang telah digunakan pada iPhone X ketika ini.


Nipis macam ni pun Vivo mampu buat cap jari bawah skrin. Perghhh!!

Begitu juga dengan pelbagai pengeluar lain yang terpaksa mengalihkan pengesan cap jari mereka dari bahagian depan terus ke bahagian belakang bagi memberi laluan kepada trend skrin “edge to edge” yang menjadi pengukur kepada kehebatan dan kemodenan telefon pintar pada hari ini. Namun itu bukan penyebab untuk Vivo berhenti daripada berusaha mencapai matlamat yang sebelum ini hanya angan-angan sahaja pada pemikiran pengguna.

Vivo Mengejutkan Dunia Teknologi


Vivo telah mengejutkan dunia dengan menunjukkan ciptaan mereka pada CES 2018 baru-baru ini yang bahawa sebenarnya pengesan cap jari tidak perlu dibuang ataupun diletakkan dibahagian belakang tetapi meletakaknnya di bawah skrin adalah cara yang paling tepat.

Vivo telah mengumumkan sejak tahun lalu lagi yang mereka kini sedang membangunkan teknologi “in-display fingerprint scanning” melalui prototype telefon pintar mereka. Versi yang digunakan ketika itu menggunakan sensor ultra-sonic dan dibangunkan dengan kerjasama dari Qualcomm.


Di CES 2018 kali ini, pengesan cap jari di bawah skrin yang ditunjukkan Vivo adalah jenis optical yang lebih advanced lagi dan kejayaan ini dibangunkan bersama dengan Synaptics. Jadi lepas ni kita akan dapat lihat pelbagai smartphones keluaran Vivo yang akan menggunapakai teknologi ini.

Siapa sangka dengan skrin yang penuh dari atas ke bawah, Vivo mampu mencpipta teknologi seperti ini yang sekaligus memberi impak besar kepada dunia teknologi di seluruh dunia. Vivo mengatakan kenapa mereka berusaha mengekalkan cap jari di bahagian depan adalah kerana majoriti pengguna telah lama biasa dengan lokasi tersebut dan ianya tidak perlu diubah.


Telefon pintar dengan teknologi ini masih belum dipasarkan kepada umum namun Vivo ketika ini telahpun mendapat pujian dan perhatian ramai dengan kehadiran smartphones terkini mereka iaitu Vivo V7 dan V7+ yang masing-masing dijual pada harga RM999 dan RM1,399 di Malaysia.

Layari Facebook atau Website Vivo untuk maklumat lebih lanjut. #VivoMalaysia

Powered by Blogger.