Header Ads

Pasangan Suami Isteri Sanggup Berhabis Untuk Buat "Pensel Box" Budak Sekolah


Bila ada yang berkongsi dengan Ohmedia tentang apa yang pasangan ni buat, kami rasa sangat takjub dengan kebaikan dan amalan terpuji yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Menurut Azlan Jaafar, ini adalah kali pertama dia dan isteri melakukan sesuatu seperti ini dan akan meneruskannya pada waktu akan datang.




Menurutnya, dia dan isteri menamakan projek ini sebagai Projek #Penselkita. Ini berikutan dari pengalamananya sendiri ketika di zaman persekolahan selalu hilang pensel dan terkadang kawan pinjam pemadam pun selalu tak dipulangkan. Jadi harta benda mereka terus. Hehe. Kadang-kadang tu pembaris pun boleh patah.


Jadi dengan cara begini merupakan sokongan untuk membantu adik-adik dalam memudahkan urusan pembelajaran mereka dalam mencari ilmu.

Menurutnya lagi, selain dari usaha dan kewangan sendiri usaha ini juga datang dari sokongan kawan-kawan di Facebook beliau yang berjaya mengutip sumbangan ikhlas mencecah RM1,000.00 semuanya.


Tahniah!! Semoga usaha kalian semua mendapat ganjaran di sisi Allah dan semoga usaha murni sebegini menjadi ikutan dan contoh terpuji kepada orang ramai.

#penselkita #kindnessmalaysia #kotakstudi @ Selangor

Powered by Blogger.