Header Ads

Padah Lakukan Seks Di Balkoni Hotel, Wanita Ini Maut Terjatuh


Inilah padah bila lakukan sesuatu tanpa berfikir akan risiko. Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai akibat terjatuh dari balkoni hotel. Kejadian berlaku di sebuah hotel di Pattaya, Thailand melibatkan mangsa yang juga pekerja bar, Wannipa Janhuathon berusia 26 tahun dan seorang pelancong Britain, Reece Vella, 25 tahun.

Wannipa maut akibat terjatuh dan mengalami kecederaan teruk di kepala serta patah di beberapa bahagian badan, ditemui di bawah hotel dalam keadaan bogel bersama setengah bungkus dadah perangsang seks.


Menurut Daily Mail, polis menggeledah bilik lelaki itu dan menemui pakaian serta kondom sudah digunakan namun Reece tiada dalam bilik. Ketika ditahan, lelaki dari Birmingham itu didapati memiliki dia telefon bimbit dengan satu daripadanya polis percaya milik Wannipa.


Reece yang sudah berada di Thailand sejak empat bulan lalu, mengaku membawa wanita itu ke biliknya dan mangsa terjatuh ketika mereka melakukan hubungan seks di beranda. Dia mendakwa terkejut dengan kejadian itu dan berpindah ke hotel lain.


Menurut polis, lelaki itu boleh didakwa cuai hingga menyebabkan kematian dan tinggal melebihi tempoh visa di Thailand serta mencuri motosikal pada malam kejadian untuk melarikan diri.
Powered by Blogger.