Header Ads

-->

Dari Rumah Teres Usang, Deko Laman Yang Simple Ni Jadikan Rumah Ala Oversea


Daripada sebuah rumah teres yang kelihatan usang penuh dengan semak samun tidak terurus dihadapan rumah menjadi sebuah rumah yang tersergam indah seperti ala rumah diluar negara selepas mengubah suai deko laman rumahnya.

Menurut pemilik rumah ini, kediamannya ini telah telah dibeli pada tahun 2015 dan melakukan ubah suai pada tahun 2016 namun tidak di bahagian pagar kerana kekurangan bajet.

Namun meneruskan proses ubah suai dibahagian pagar pada tahun 2017 setelah mendapat 'sponsor' daripada suaminya.



Menjelaskan kenapa rumahnya diberi gelaran sebagai Birds House, ini adalah kerana rumahnya sangat digemari oleh burung-burung sehingga bilangan burung di kawasan rumahnya lebih banyak daripada manusia.









Melihat keadaan pagar yang rapat ke bahagian jalan, ramai netizen bertanya dimana pemilik meletakkan kenderaan memandangkan rumahnya tidak mempunyai tempat khas untuk meletakkan kenderaan.

Pemilik menjelaskan bahawa kenderaannya diletakkan di hadapan rumah seberang jalan yang difahamkan merupakan rumah ibunya.



Credit : Suhaiza Safiie via DRKSK
Powered by Blogger.