Header Ads

"Begitukah Cara Seorang Ustaz Menegur Kesilapan Orang? Saya Takkan Mohon Maaf Sampai Mati" - Iqram Dinzly


Iqram Dinzly memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia yang tersinggung dengan kenyatannya mengenai Tok Guru Che Mat yang didakwa ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Iqram berkata, dia tidak berniat mempersendakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW jauh sekali ingin menyekutukan Allah.

“Dengan rasa rendah diri dan penuh ikhlas, ingin saya katakan tiada langsung niat untuk menyekutukan Allah inikan pula hendak menghina Nabi Muhammad SAW.

“Inilah pegangan keluarga saya sejak azali lagi. Setiap hari saya mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak perlu saya nak berhujah lebih demi nak memperbodohkan diri dan memuaskan hati pihak lain.

“Apa saya boleh katakan, tak ada manusia yang sempurna,” katanya kepada Harian Metro.

Kenyataan Iqram menerusi program Melodi semalam mengejutkan ramai pihak apabila menganggap tindakan pelakon drama Dunia Baru itu keterlaluan kerana menghina Nabi Muhammad.

Komen Netizen di Facebook Oh! Media.

Perkara itu turut menarik perhatian seorang ustaz yang berpandangan Iqram tidak sepatutnya memanggil Nabi Muhammad dengan nama Che Mat sebaliknya perlu memuliakan Rasulullah.

Iqram berkata, dia tidak mahu komen lebih mengenai pandangan ustaz itu.

“Orang luar boleh nilai sendiri perilaku seorang yang dikatakan Ustaz boleh berkelakuan begitu. Saya lebih menghormati cara mufti walaupun buat surat terbuka namun ia jelas adab dan adat sopan untuk berinteraksi di alam maya.

“Sekiranya ia satu bentuk publisiti, ambillah saya izinkan. Cuma saya tidak akan memohon maaf dan tidak akan bersua dengannya sampai mati disebabkan tindakan kurang ajar menyentuh soal arwah ayah saya iaitu ‘sekiranya ayah kau masih hidup’ dalam video yang dimuat naik di YouTube .

“Pertanyaan saya adakah itu dinamakan cara berhemah untuk menegur yang dikatakan sunnah Rasullullah SAW?” katanya.

+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media
+ Sumber Harian Metro
Powered by Blogger.