Header Ads

Ustaz 'Sweet' Hadiahkan Bunga dan Kejutan Sempena Harijadi Doktor Husna


Bukan sahaja 'Sweet' pandai berjenaka dan menawan hati dengan ceramahnya tetapi pendakwah ini juga pandai memberikan kejutan dan mengambil hati isteri tersayang. Kejutan dari Ustaz Don ni datangnya beberapa hari sebelum harijadi isterinya, Dr. Husna Zahry. Sudah tentulah dia tidak menyangka suaminya bakal memberikan kejutan hebat ini.

Siapa yang tidak sukakan seorang lelaki yang penuh ilmu agama di dadakan ?
Sesuai dengan jawatan 'Ketua Keluarga' memang suami yang diharapkan untuk menerajui kebahagiaan keluarga di dunia dan barakah di akhirat. Berbahagia bertambah-tambah bahagia, si suami pandai pula mengimbangi hal dunia dan akhirat macam Ustaz Don ini. Tidaklah poyo bercerita tentang akhirat sedangkan di dunia keciciran. Para lelaki di luar sana sudah pasti menjadikan Ustaz Don ini salah satu idolakan?


Pandai Ustaz don berpakat dengan kakitangan hospital mengenakan Dr. Husna. Dikatakan ada pesakit yang ingin berjumpa Dr. Husna di meja kaunter hadapan. Dr. Husna yang tertanya-tanya segera ke kaunter hadapan, apabila tiba-tiba tangannya ditarik Ustaz Don dengan kejutan belon, bunga, cupcakes dan coklat. Alahai memang 'Sweetlah' Ustaz Don ini.


"Nurse at the counter called my room saying a patient wanted to talk to me at the front desk. Ingatkan apaaa la yg tak puas hati sgt smpai taknak masuk bilik personally jumpa, dalam hati dh mengomel sebab harini saya pun tak berapa sihat. Walked out of my room and headed straight for the counter, suddenly someone grabbed my hand and brought me to a trolley laiden with gifts. Rupa-rupanya ‘patient’ tu encik suami datang bwk hadiah birthday in advance 😍 Nurses kat counter pun dah gelak2. Haha. Tq semua yang menjayakan surprise harini and also for all the wishes n prayers ♥️" - husnazahry


Selamat Hari Lahir Dr. Husna Zahry. Semuga kebahagian di dunia ini terus kekal mekar hingga ke syurga Illahi.


Powered by Blogger.